Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan bot, juragan Indonesia langgar syarat lesen perikanan

Polis Marin tahan bot, juragan Indonesia langgar syarat lesen perikanan

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 29 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Kota Kinabalu berjaya menahan sebuah bot jenis pukat tunda dan juragan nelayan warganegara Indonesia atas kesalahan melanggar syarat lesen perikanan di perairan laut Tuaran.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Polis Marin Kota Kinabalu, ASP Roslan Awang berkata, anggotanya semasa menjalankan Operasi Benteng (Op Benteng) COVID-19 telah menerima makluman dari nelayan berdekatan yang menyatakan ada aktiviti penangkapan ikan oleh bot nelayan jenis pukat tunda berdekatan pesisir pantai, kelmarin.

“Sampai di lokasi telah menjumpai sebuah bot nelayan jenis pukat tunda sedang leka menjalankan operasi menangkap ikan,

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati bot nelayan tersebut telah menjalankan operasi menangkap ikan kurang 3 batu nautika dari Tanjung Luk Pisuk Tuaran,” katanya dalam PPM Wilayah 4 dalam hantaran di media sosialnya.

Turut ditahan, juragan berumur dalam lingkungan 30 tahun atas kesalahan melanggar syarat lesen perikanan. Foto: PPM Wilayah 4

Beliau berkata, modus operandi bot nelayan tersebut adalah dengan menjalankan aktiviti menangkap ikan di kawasan larangan pada waktu malam dan memadamkan lampu untuk mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Turut ditahan, juragan berumur dalam lingkungan 30 tahun atas kesalahan melanggar syarat lesen perikanan.

“Bot berkenaan telah dibawa ke Markas Operasi Polis Marin Kota Kinabalu untuk tindakan selanjutnya. Kes disiasat dibawah Sek 8(b) Akta Perikanan 1985,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply