Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin tahan lelaki bawa dadah bernilai RM27 ribu

Polis Marin tahan lelaki bawa dadah bernilai RM27 ribu

by Air Times News Network

KUANTAN, 24 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Pahang berjaya menahan seorang lelaki warga tempatan berumur 45 tahun kerana membawa dadah dalam sebuah kereta yang dianggarkan berjumlah RM27 ribu petang kelmarin.

PPM Wilayah Tiga dalam hantaran media sosialnya berkata, rampasan dilakukan semasa anggota PPM sedang melaksanakan rondaan Operasi Landai di Kawasan Jalan Kemunting.

“Sebuah kenderaan jenis Toyota Vios telah melanggar sebuah kenderaan lain jenis Mitsubishi yang sedang pakir di tepi jalan, suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan,

“Hasil pemeriksaan dalam sebuah beg kecil mendapati sejumlah dadah jenis syabu, heroin, pil kuda dan pil eramin serta sejumlah wang yang dibawa didalam kenderaan tesebut,

“Lelaki dan barang rampasan telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Kuantan atas kesalahan Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya

Sementara itu, PPM Wilayah Tiga berkata pihaknya akan sentiasa komited dalam usha membendung aktiviti penyeludupan serta mempertingkatkan kawalan keselamatan negara. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply