Home Pertahanan dan Keselamatan PDRM gagalkan penyeludupan deodoran dari Thailand

PDRM gagalkan penyeludupan deodoran dari Thailand

by Air Times News Network

PASIR MAS, 20 Jun – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 2 lelaki kerana cubaan menyeludup deadoran dalam sebuah kenderaan jenis Proton Waja di Jalan Lama Rantau Panjang, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir berkata, semasa rondaan dilakukan oleh anggota dari Balai Jeram Perdah, telah menahan sebuah kenderaan yang mencurigakan dinaiki dua lelaki.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 230 kotak berisi 5,520 botol deodoran yang ditutup dengan kain berwarna hitam dipercayai ingin mengaburi mata penguatkuasa cuba menyeludup masuk dari Thailand,

“Dua lelaki berusia 27 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan,

“Deodoran dari Thailand dianggarkan bernilai RM59,680 dipercayai dibawa masuk ke negara ini menggunakan pangkalan haram sekitar Sungai Golok berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang,” katanya.

Tambahnya, suspek dan kesemua kotak yang mengandungi 5,520 botol deodoran dibawa ke balai untuk tindakan lanjut.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang negara termasuklah aktiviti penyeludupan,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply