Home Pertahanan dan Keselamatan Selepas pesawat, kini kapal China pula masuk perairan negara

Selepas pesawat, kini kapal China pula masuk perairan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Selepas empat hari insiden 16 pesawat China memasuki ruang udara Malaysia, kini kapal pengawal pantai China pula didakwa berada berdekatan Beting Patinggi Ali, Sarawak.

Beting Patinggi Ali adalah kawasan yang terlibat dalam pertikaian tuntutan oleh China dan Malaysia.

Menurut laporan The Borneo Post, kapal pengawal pantai itu memasuki perairan Malaysia pada 4 Jun, kira-kira 84 batu nautika (155kilometer) dari perairan pantai Miri.

Perkara tersebut disahkan oleh Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Miri, Md Fauzi Othman yang menyatakan pihaknya menerima laporan berkaitan kapal pengawal pantai China memasuki perairan negara.

“Ya, kita ada menerima laporan berhubung kehadiran Kapal Pengawal Pantai China itu, yang dilihat berada di perairan negara pada 4 Jun,

“Aset-aset kita (APMM) termasuk dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah membuat pemantauan rapi di kawasan berkenaan,” jelasnya.

Pada 1 Jun lalu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mendedahkan telah mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM) di Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional.

 

 

Related Articles

Leave a Reply