Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 3,523 PATI, 211 tekong ditahan sejak Januari 2021

Op Benteng: 3,523 PATI, 211 tekong ditahan sejak Januari 2021

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 1 Jun – Operasi Benteng (Op Benteng) telah berjaya melaksanakan sebanyak 1,339 tangkapan yang melibatkan seramai 3,523 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak 1 Januari 2021.

Selain itu, operasi bersepadu ini juga telah berjaya menahan 211 orang tekong dan melaksanakan 229 kes pengusiran.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, dalam tempoh itu juga, pihak berkuasa telah merampas 601 barang rampasan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM219.4 juta.

Beliau menjelaskan, Op Benteng yang melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 623 Sekatan Jalan Raya (SJR), semalam.

“Sebanyak 570 SJR dilaksanakan semalam dalam Operasi Penawar yang melibatkan ATM, PDRM dan RELA,

“Manakala Op Benteng PDRM (44 SJR) dan Op Benteng AKSEM (9 SJR),” katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” hari ini.

Sementara itu, bagi Task Force Operasi Pematuhan pula, PDRM telah menahan 684 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP.

“Daripada jumlah itu, seramai 630 individu dikompaun, 45 direman manakala 9 lagi dijamin,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuklah mereka yang tidak memakai pelitup mula (175); gagal merekodkan butiran diri atau mendaftar masuk di presmis (143); rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran dan makan di premis (83); tidak patuh arahan kawalan pergerakan (79); tiada penjarakan fizikan (77); aktiviti pusat hiburan (9) dan lain-lain kesalahan (118),” ujarnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply