Home Pertahanan dan Keselamatan AKSEM tahan warga Thailand bersama 770kg daun ketum

AKSEM tahan warga Thailand bersama 770kg daun ketum

by Air Times News Network

CHUPING, 26 Mei – Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Chuping, Perlis telah berjaya merampas daun ketum seberat 770 kilogram beserta dadah jenis heroin seberat 27 gram bersama seorang lelaki warganegara Thailand, pada Isnin.

AKSEM Chuping dalam satu kenyataan berkata, suspek berjaya ditahan setelah kenderaan yang dipandu terbabas dalam aksi kejar mengejar berhampiran Ladang Tebu, Chuping.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai daun ketum seberat 770 kilogram, manakala dadah jenis heroin dijumpai dibahagian papan pemuka kenderaan,

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 53,905.00,” kata kenyataan itu yang disiarkan melalui laman media sosial rasmi AKSEM Chuping.

Tambahnya, kes diserahkan kepada Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis (IPD) Padang Besar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply