if ( function_exists( 'wp_body_open' ) ) { wp_body_open(); } else { do_action( 'wp_body_open' ); } ?>
Home Pertahanan dan Keselamatan ESSCOM rampas rokok seludup bernilai RM13,305 di Tawau

ESSCOM rampas rokok seludup bernilai RM13,305 di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 20 Mei – Pihak ESSCOM telah merampas 920 bungkus rokok seludup tanpa cukai dianggarkan RM13,305 yang ditinggalkan di tepi Sungai Tawau Lama, Tawau, pada Rabu.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman dalam kenyataan berkata, rampasan dibuat dalam satu Operasi Cegah Pendatang Asing Tanpa Izin (OCP) yang diketuai seorang pegawai dan 14 anggota keselamatan.

“Dalam rondaan kira-kira jam 12.15 tengah hari, di kawasan tersebut telah menemui beberapa bungkusan hitam yang mencurigakan telah ditinggalkan di kawasan berkenaan tanpa pengawasan,

“Pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan tersebut berisi sejumlah 920 bungkus disyaki rokok pelbagai jenama cuba diseludup masuk daripada negara jiran,

“Antara rokok yang dirampas adalah 320 bungkus rokok jenama dunia, 500 bungkus rokok jenama L.A Menthol light dan 100 bungkus rokok jenama L.A Bold yang dianggarkan nilai taksiran termasuk cukai bernilai lebih RM13,305.00,” katanya.

Menurutnya, kesemua barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Tambahnya, pihak ESSCOM dengan kerjasama semua agensi keselamatan di ESSZONE yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan terus memperketatkan kawalan keselamatan di sempadan perairan dan daratan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply