Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan 12 warga asing tanpa permit bersama 3 bot

APMM tahan 12 warga asing tanpa permit bersama 3 bot

by Air Times News Network

GEORGETOWN, 20 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah menahan 12 kru warga asing tanpa permit bersama 3 bot nelayan tempatan di kedudukan 19 batu nautika barat daya Pulau Kendi, Pulau Pinang, kelmarin.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, ketiga-tiga bot tersebut ditahan oleh Kapal Maritim (KM) Burau yang sedang membuat rondaan Operasi Benteng Laut dan Operasi Pertiwi di perairan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati, ketiga-tiga bot berkenaan dikendali oleh 4 kru termasuk tekong yang berumur 20 hingga 48 tahun,

“12 kru warga Myanmar ditahan kerana tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah serta gagal menunjukan permit kerja daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia,” katanya.

Tambahnya, kesemua kru dan ketiga-tiga bot ditahan dan diiring ke Jeti LKIM Batu Maung untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Imigresen 1959/63,

“APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam menguatkuasakan undang-undang dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!