Home SemasaGlobal COVID-19: India catat 3,689 kes kematian, tertinggi dalam tempoh 24 jam

COVID-19: India catat 3,689 kes kematian, tertinggi dalam tempoh 24 jam

by M.Daim

NEW DELHI, 2 Mei – Situasi COVID-19 di India semakin meruncing apabila negara itu mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 3,689 kes dalam tempoh satu hari.

Selain daripada itu, sebanyak 392,488 kes baharu direkodkan.

Hari ini merupakan hari kesepuluh negara Asia Selatan itu mencatatkan kes jangkitan COVID-19 melebihi angka 300 ribu.

Media India melaporkan kumpulan tugas COVID-19 negara itu menasihati New Delhi untuk melakukan lockdown dalam tempoh terdekat.

Walaupun begitu, kerajaan India masih mempertimbangkan keputusan tersebut berikutan kesan ekonomi yang pernah dihadapi akibat lockdown sebelum ini.

“Langkah lockdown yang dilaksanakan pada tahun lalu telah menyebabkan kejatuhan ekonomi sebanyak 24% pada April-Jun 2020,” lapor Indian Express.

Selain itu, India turut menghadapi krisis bekalan oksigen berikutan hospital dan fasiliti perubatan tidak cukup untuk menampung pesakit COVID-19.

Sehingga hari ini, seramai 215,542 rakyat India maut akibat wabak pandemik itu. Pada masa yang sama, sebanyak 19.56 juta kes jangkitan telah direkodkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply