Home Pertahanan dan Keselamatan PGA rampas 1,185 karton rokok seludup di Batu Pahat

PGA rampas 1,185 karton rokok seludup di Batu Pahat

by Nurulhuda

JOHOR, 1 Mei – Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Simpang Rengam, telah merampas 1,185 karton rokok seludup pelbagai jenama di sekitar kawasan Jalan Parit Balak, Senggarang, Batu Pahat Johor, kelmarin.

Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang dalam kenyataan berkata, anggotanya turut merampas sebuah kenderaan jenis Toyota Innova yang dipercayai digunakan dalam sindiket tersebut.

Menurutnya, anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk kenderaan berjumlah lebih RM281 ribu,

“Rampasan dibawa ke IPD batu Pahat untuk tindakan lanjut serta kes disiasat dibawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967,” katanya.

Dalam masa yang sama, Dimin turut menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang lambakan barangan kontraban di Malaysia. –airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply