Home Pertahanan dan Keselamatan PGA berkas 2 tekong warga Indonesia cuba seludup PATI

PGA berkas 2 tekong warga Indonesia cuba seludup PATI

by Air Times News Network

SUNGAI BESAR, 26 Apr – Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Semenyih berjaya memberkas 2 tekong warganegara Indonesia yang dipercayai cuba menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan 2, Bagan Sungai Besar, semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, 2 tekong lelaki tersebut berumur berumur 28 tahun dan 45 tahun di tahan menerusi Op Benteng pada jam 6.30 pagi.

“Hasil siasatan mendapati, kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Mereka dipercayai terlibat dalam aktiviti penyeludupan PATI ke Malaysia melalui jalan yang tidak diwartakan (jalan laut) dengan menggunakan bot nelayan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis juga merampas sebuah bot berserta enjin dan telefon bimbit yang dianggarkan bernilai berjumlah RM12,500.

“Kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Balai Polis Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963,

Rizal berkata, tangkapan ini juga telah berjaya memutuskan salah satu sindiket penyeludupan migran di Daerah Sabak Bernam.

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan juga petugas polis,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply