Home Pertahanan dan Keselamatan 76 PATI ditahan, 2 kenderaan dirampas dalam Op Benteng

76 PATI ditahan, 2 kenderaan dirampas dalam Op Benteng

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 24 Apr – Seramai 76 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Op Benteng dilaksanakan bagi mengawal sempadan negara yang membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan agensi lain turut merampas 2 buah kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 157 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 6 aktiviti penglihatan,” katanya dalam kenyataan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), hari ini.

Sementara itu, Op Benteng melibatkan PDRM, ATM, APMM dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 273 Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 215 SJR, Op Benteng PDRM (49 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM semalam telah menahan 269 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP).

“Daripada jumlah itu, 250 individu dikompaun manakala 16 direman dan 3 lagi dijamin,

“Kesalahan yang direkodkan ialah aktiviti pusat hiburan (74); gagal mendaftar masuk premis (84); tidak memakai pelitup muka (45) dan lain-lain (66),” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply