Home Pertahanan dan Keselamatan 3 PATI ditahan, 6 orang diusir dalam Op Benteng semalam

3 PATI ditahan, 6 orang diusir dalam Op Benteng semalam

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Apr – Seramai 3 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) dan merampas 4 buah kenderaan darat di seluruh negara, semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan turut mengesan sebanyak 169 buah bot atau kapal di perairan negara melalui 9 aktiviti penglihatan.

Selain itu, 6 orang PATI turut diusir melalui 2 aktiviti pengusiran.

Sementara itu, Op BENTENG melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Keselamatan Sempadan Malaysia (AKSEM) serta agensi-agensi keselamatan lain turut menjalankan 257Sekatan Jalan Raya (SJR) semalam.

“Op Benteng PDRM, ATM dan RELA sebanyak 198 SJR, Op Benteng PDRM (50 SJR) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,” ujarnya.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pematuhan PDRM pula telah menahan 82 individu atas kesalahan ingkar arahan prosedur operasi standard (SOP) dan kesemuanya dikompaun, semalam.

“Antara kesalahan ingkar SOP direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (21), gagal merekod butiran diri atau daftar masuk premis (15); tiada penjarakan fizikal (14); aktiviti pusat hiburan (2) dan lain-lain kesalahan (30),” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply