Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Pengoperasian anti-dron perkasa pertahanan udara

Op Benteng: Pengoperasian anti-dron perkasa pertahanan udara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 10 Apr – National Task Force (NTF) telah menganjurkan satu demontrasi pengoperasian anti-dron bagi mempamerkan keberkesanan fungsi anti-dron dalam memperkasakan Operasi Benteng (Op Benteng) melalui pertahanan udara.

Program ini merupakan koordinasi bersama Pasukan Gerakan Udara (PGU) PDRM, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) dan J5-Rancang Operasi NTF yang dilaksanakan di Stadium KEMENTAH, semalam.

NTF dalam hantaran di media sosialnya berkata, demontrasi ini telah dilaksanakan oleh Ketua Unit Dron PGU PDRM, Superitenden Rasha Azaldin Shafii kepada Komander NTF, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah.

Turut hadir, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Laksamana Muda Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim; Ketua Staf Markas Wilayah Udara 1, Brigedier Jeneral Abdul Halim Abu Hassan TUDM, dan wakil-wakil agensi Unit Dron NTF. – airtimes.my

Galeri gambar:

Related Articles

Leave a Reply