Home Pertahanan dan Keselamatan 15 PATI Indonesia dicekup bersembunyi dalam hutan

15 PATI Indonesia dicekup bersembunyi dalam hutan

by Nurulhuda

KLANG, 19 Mac – Hasrat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia untuk menyusup masuk ke Malaysia gagal, apabila ditahan oleh anggota Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih, di pesisir pantai Kampung Sungai Serdang, Kapar, semalam.

Pegawai Pemerintah, Batalion 4 PGA, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI berkenaan ditahan pada jam 9 pagi menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan bersama anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Unit Dron PGU Bukit Aman.

Beliau berkata, PATI yang berjaya ditahan terdiri daripada 6 lelaki termasuk 9 wanita dipercayai memasuki negara ini dengan menaiki bot dan mendarat di persisir pantai.

“Hasil siasatan lanjut, mendapati kesemua individu berusia 23 hingga 48 tahun itu gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Mereka dipercayai masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot dan mendarat di pesisir pantai Kampung Sungai Serdang, Kapar,

“Tiada tekong darat dikesan berdekatan lokasi tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rizal Mohamed berkata, kesemua PATI dan barang rampasan telah dibawa ke Balai Polis Kapar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Tambahnya, kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga petugas PDRM. –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply