Home Pertahanan dan Keselamatan 6,547 warga ATM terima vaksin COVID-19 fasa pertama 1A

6,547 warga ATM terima vaksin COVID-19 fasa pertama 1A

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sehingga jam lima petang hari ini seramai 6,547 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menerima vaksin COVID-19 untuk fasa pertama 1A yang bermula pada 24 Februari lalu.

Beliau berkata, penerimaan vaksin bagi fasa 1B pula bermula hari ini dan dilakukan secara besar-besaran yang melibatkan seramai 36,209 warga Kementerian Pertahanan.

Menurut Ismail Sabri, kesemua mereka akan diberikan suntikan vaksin COVID-19 di 58 buah pusat vaksinasi ATM di seluruh negeri.

“Fasa 1B akan berakhir pada 30 April 2021 dan selepas selesai, semua 42,120 warga pertahanan termasuk pekerja awam akan menerima suntikan ini,” katanya dalam sidang media harian mengenai perkembangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan, hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau berkata kesemua 42,000 ATM bersetuju untuk menerima vaksin ini dan pihaknya tidak lagi menerima laporan mengenai individu yang menolak dari menerima vaksin tersebut.

“Semuanya 42,000 kakitangan ATM bersetuju, tidak ada bantahan atau penolakan dari warga ATM terhadap vaksin COVID-19 dan semuanya memberi keyakinan atas tindakan dilakukan kerajaan, dan sukarela untuk disuntik vaksin,” –airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply