Home Pertahanan dan Keselamatan 4,625 pegawai dan anggota ATM terima suntikan vaksin COVID-19 di Wisma Pertahanan

4,625 pegawai dan anggota ATM terima suntikan vaksin COVID-19 di Wisma Pertahanan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=TBdb3SIefM4[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Seramai 4,625 pegawai dan anggota tentera serta 160 petugas Nasional Task Force (NTF) akan menerima Vaksinasi COVID-19 peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bermula hari ini sehingga 14 Mac 2021 di Wisma Pertahanan.

Pemangku Pengerusi Jawatankuasa Strategik Vaksin COVID-19, Brigedier Jeneral Datuk (Dr) Rosman Ab Rahman berkata, jumlah tersebut merupakan fasa 1B yang bermula 9 Mac hingga 30 April 2021 yang mesasarkan kesemua warga ATM termasuk pasukan keselamatan dan penguatkuasaan lain di bawah pengoperasian National Task Force (NTF).

“Fasa 1B ini di laksanakan serentak di fasiliti-fasiliti Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) ATM di seluruh negara,

“Fasa 1B di Wisma Pertahanan yang bermula hari ini hingga 14 Mac 2021, melibatkan 4,625 warga tentera dan 160 petugas dari 19 agensi yang bernaung di bawah NTF merangkumi petugas di Markas NTF, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta agensi lain,” katanya pada sidang media selepas sesi ‘walking brief’ media sempena program vaksinasi COVID-19 di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Beliau berkata, fasa pertama iaitu fasa 1A yang bermula 24 Febuari hingga 7 Mac 2021 telah mensasarkan semua petugas kesihatan dan Kumpulan Strategik ATM.

Menurutnya, program vaksinasi ini juga di laksanakan oleh Tim Kesihatan Gabungan daripada Bahagian Perkhimatan Kesihatan ATM, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ATM, Desa Tun Hussien Onn (DTHO).

Tim Kesihatan Gabungan daripada Bahagian Perkhimatan Kesihatan ATM, Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan dan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak ATM, Desa Tun Hussien Onn (DTHO). Foto: Firdaus

“Kesemua penerima vaksin di Wisma Pertahanan ini dijangka akan memberikan impak yang maksimum kepada keberkesanan program yang dilaksanakan bagi membantu kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan imuniti kelompok sebagai langkah mengekang penularan wabak COVID-19,” jelasnya.

Sebelum ini, ATM telah menerima sebanyak 10,530 dos daripada 84,240 dos vaksin untuk diberikan kepada 42,120 anggota bagi fasa pertama.

“Sehingga kini pihak ATM telah memberi vaksin kepada seramai 6,091 orang dan tiada kesan sampingan yang teruk dikesan,” ujarnya.

Tambahnya, Program vaksinasi di wisma ini juga telah dirancang untuk laksanakan secara sistematik bagi membolehkan pematuhan kepada standard operasi prosedur (SOP) sedia ada dipatuhi, disamping mencapai objektif yang di sasarkan untuk memberikan vaksin kepada 4,625 warga ATM. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply