SANDAKAN, 3 Mac – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 berjaya mengusir 2 buah bot dari Filipina kerana cuba menceroboh perairan negara berhampiran Pulau Berhala, Sabah, pagi semalam.
Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM, Deputi Superitendan Rusdin Banin berkata, PPM yang sedang melakukan rondaan telah mengesan 2 buah bot dalam keadaan mencurigakan dari perairan negara jiran yang memasuki perairan negara sebelum dipintas.
“Hasil pemeriksaan mendapati, 2 lelaki dewasa masing-masing berada didalam bot tersebut dan mendakwa berasal dari Pulau Taganak Filipina,
“Dua buah bot tersebut kemudiannya di usir keluar dengan diiring sehingga keluar dari perairan negara, katanya.
Rusdin berkata, pihaknya akan terus komited dalam menjalankan tanggungjawab menguatkuasakan kawalan pergerakan di kawasan perairan negara khususnya Sandakan bagi mengekang penularan wabak penyakit pandemik COVID -19
“Pihaknya juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba membolosi persempadanan negara,” ujarnya.
PPM menggalakkan masyarakat persisir pantai dan maritim khususnya untuk menyalurkan apa-apa maklumat melalui aplikasi whatsApp Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah di nombor ‘0132831197’ atau berhubung ke Gerakan PPM Sandakan di talian ‘089-221453’ bagi memastikan keselamatan dan kemakmuran setempat terjaga dan terkawal