Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: Tentera Darat Malaysia rampas 2,948 karton rokok seludup bernilai RM 442,200

Op Benteng: Tentera Darat Malaysia rampas 2,948 karton rokok seludup bernilai RM 442,200

by M.Daim

KOTA TINGGI, 16 Feb – Kumpulan penyeludup rokok berputih mata apabila stok simpanan mereka di tiga lokasi berasingan telah berjaya dikesan oleh Tentera Darat Malaysia, hari ini.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kejadian berlaku di sektor Op Benteng di bawah tanggung jawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Briged).

Menurutnya, lokasi simpanan rokok terbabit telah dikesan oleh anggota tentera yang meronda di kawasan Punggai dan Batu Layar.

“Kumpulan ronda telah menemui satu longgokan besar yang ditutup dengan kanvas di satu lorong berhampiran pantai,

“Hasil pemeriksaan lanjut telah mendapati terdapat 50 bungkus plastik hitam mengandungi rokok pelbagai jenama,” kata kenyataan itu.

Lantaran dari penemuan itu, Tentera Darat telah atur gerak Tim Quick Reaction Force (QRF) ke lokasi untuk melakukan penggeledahan dan penjejakan.

“Tim QRF kemudiannya menemui 2 longgokan yang sama kira-kira 100 meter dari lokasi penemuan pertama,” jelasnya.

Pihak 3 Divisyen menambah, lokasi terbabit merupakan tempat penyimpanan sementara rokok diseludup dari Indonesia sebelum diedarkan dalam Malaysia.

Jumlah rampasan keseluruhan adalah sebanyak 2,948 karton rokok yang dianggarkan bernilai RM 442,200. – airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply