KUALA LUMPUR, 11 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan meneruskan Op Penawar sejajar dengan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri baru-baru ini.
“ATM akan meneruskan Op Penawar,” kata Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM ketika dihubungi oleh Air Times.
Op Penawar diaktifkan pada Mac 2020 oleh ATM bagi membantu agensi penguatkuasaan dalam melaksanakan kawalan pergerakan sepanjang PKP berlangsung.
Terdahulu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan pergerakan merentas negeri tidak dibenarkan di seluruh negara mulai tengah malam 13 Januari ini.
“Operasi Sekatan Jalan Raya (SJR) akan berkuatkuasa susulan larangan menerentas negeri,
“Di negeri yang dikenakan PKP, pergerakan merentas daerah juga tidak dibenarkan,” jelas Muhyiddin dalam satu pengumuman khas, hari ini.
Pulau Pinang, Selangor, Melaka, Johor, Sabah dan Wilayah Persekutuan (termasuk Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) akan melaksanakan PKP mulai Rabu ini.