Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai RM2.6 juta

Polis Marin gagalkan cubaan seludup rokok putih bernilai RM2.6 juta

by Air Times News Network

KUALA TERENGGANU, 2 Jan – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Tiga Pengkalan Kubor berjaya menggagalkan cubaan penyeludupan rokok putih tidak sah (tidak bercukai) dalam Ops Benteng Laut yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta, semalam.

Komander PPM Wilayah Tiga, ACP Norzaid Muhammad Said berkata, anggotanya berjaya menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki tempatan yang mengandungi 340 kotak rokok dipercayai tidak sah di sisi undang-undang di Kuala Terengganu.

“Lelaki tersebut ditahan bagi membantu siasatan. Kes di siasat di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam hantaran di media sosial PPM.

Tambahnya, PPM sentiasa mengalu-alukan orang awam untuk menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan ke Pusat Kawalan PPM Wilayah Tiga di talian 09-5137726. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply