Home Pertahanan dan Keselamatan 35 PATI ditahan, 3 kenderaan dirampas dalam Op Benteng semalam

35 PATI ditahan, 3 kenderaan dirampas dalam Op Benteng semalam

by Nurul Aini

KUALA LUMPUR, 26 Dis – Seramai 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 3 buah kenderaan darat dirampas menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan diseluruh negeri semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan keselamatan juga telah melaksanakan sebanyak 115 sekatan jalan raya (SJR) diseluruh negara.

“Op Penawar oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak 43 SJR, Op Benteng PDRM (63) dan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) sebanyak 9 SJR,

“Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram dan agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong tikus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 1,002 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Daripada jumlah tersebut seramai 854 telah dikenakan kompaun manakala 148
direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (687),
gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (125), tidak memakai pelitup muka (69), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (63) dan lain-lain (58).” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply