Home Pertahanan dan Keselamatan 8 Briged kekal siaga perkukuh keselamatan Kelantan – Thailand

8 Briged kekal siaga perkukuh keselamatan Kelantan – Thailand

by Hazli Fikri

RANTAU PANJANG, 21 Dis – Tentera Darat Malaysia (TDM) terus perkukuhkan kawalan keselamatan negara terutamanya di sempadan Kelantan-Thailand menerusi Operasi Merpati (Op Merpati) walaupun kawasan tersebut terjejas akibat bencana banjir.

Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Briged), Brigedier Jeneral Zamsari Abu Hasan berkata, kawalan dan rondaan sempadan dipertingkatkan dengan menggunakan peralatan yang mencukupi bagi memastikan kawalan keselamatan sempadan negara kekal selamat.

“Tiada ruang untuk individu atau kumpulan yang ingin mengambil peluang untuk melakukan sebarang aktiviti rentas sempadan,” kata TDM dalam hantaran di media sosialnya.

Beliau turut menegaskan, kesemua pos perlu dipertahankan dan tidak membenarkan sebarang anggota untuk meninggalkan pos kecuali mendapat arahan dari pasukan terutamanya dalam situasi yang dihadapi sekarang.

Selain itu, Zamsari juga turut mengingatkan kepada anggotanya agar sentiasa menjaga kebersihan bagi mengelak dari sebarang wabak penyakit ketika musim banjir yang sedang dihadapi sejak November lalu.

“Situasi banjir ini tidak mematahkan semangat pasukan keselamatan untuk terus komited dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga persempadanan negara dari aktiviti pencerobohan PATI mahupun aktiviti jenayah rentas sempadan,

“Walaubagaimanapun keadaan sempadan kini agak tenang kerana terdapat semua agensi keselamatan yang sentiasa siap siaga dalam apa jua keadaan,”tambahnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply