Home Pertahanan dan Keselamatan Gaji pasukan keselamatan perlu ikut beban tugas, bukan akademik semata – NGO

Gaji pasukan keselamatan perlu ikut beban tugas, bukan akademik semata – NGO

by Bernama

IPOH, 19 Dis – Gaji anggota pasukan keselamatan, terutamanya polis dan tentera wajar dikaji semula agar bersesuaian dengan bebanan tugas mereka, kata Yayasan Pengaman Malaysia.

Ahli lembaga pengarah yayasan itu Datuk Kamaruddin Mat Desa berkata gaji yang diterima mereka juga tidak sepatutnya berdasarkan tahap kelulusan akademik semata-mata.

“Perkara itu perlu dipertimbangkan memandangkan polis dan tentera bekerja tanpa mengira masa, malah terpaksa meninggalkan anak serta isteri beberapa bulan demi tugas kepada negara,

“Selain itu, gaji yang diterima (jika kecil) tidak mencukupi apabila anggota ini pencen nanti kerana elaun yang diterima bersama gaji semasa dalam perkhidmatan tidak lagi dibayar apabila pencen,” katanya kepada pemberita di Kem Batalion ke-3, Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam

Terdahulu beliau menyampaikan bantuan kebajikan kepada anggota PGA Sarjan Norihan Tari yang cedera dalam insiden berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand pada bulan lalu.

Turut menerima sumbangan isteri mendiang Sarjan Baharuddin Ramli, Relow Ko. -Bernama

Related Articles

Leave a Reply