Home Pertahanan dan Keselamatan COVID-19 bukan halangan petugas kesihatan ATM laksana misi kemanusiaan di Cox’s Bazar

COVID-19 bukan halangan petugas kesihatan ATM laksana misi kemanusiaan di Cox’s Bazar

by Jassmadi Jakariya

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=jzrXKajSxb8[/embedyt]

 

KUALA LUMPUR, 19 Dis – Penularan dan peningkatan kes wabak COVID-19 secara drastik di seluruh dunia termasuklah di Bangladesh tidak melunturkan semangat petugas kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam misi kemanusiaan di Hospital Medan Malaysia Cox’s Bazar.

Ketua Tim Operasi STARLIGHT-5 (Op STARLIGHT-5) Cox’s Bazar Hospital Medan Malaysia ke Bangladesh, Kolonel (Dr) Mohamed Zaki Mohamed Mokhtar berkata tim kesihatan dan perubatan sentiasa berhadapan dengan penyakit berjangkit yang berisiko tinggi berbanding wabak COVID-19.

Beliau berkata, keadaan tersebut menjadi satu cabaran besar dalam usaha membantu pelarian Rohingya yang memerlukan rawatan perubatan.

“Setiap hari kita (petugas kesihatan) berhadapan dengan pelbagai situasi ketika bertugas termasuklah merawat pesakit yang mempunyai penyakit berjangkit.

“Tetapi itulah sedikit pengorbanan yang dihadapi oleh tim kesihatan dan bantuan sokongan perubatan lain dalam meneruskan perkhidmatan mereka kepada yang memerlukan,

“Kami tidak rasa wabak COVID-19 ini satu cabaran yang besar kerana itulah cabaran yang kami hadapi setiap hari,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pembubaran Op STARLIGHT-5 Cox’s Bazar Hospital Medan Malaysia di Wisma Perwira ATM, pada semalam.

Dalam hal berkaitan, Dr Zaki berkata, Kor Kesihatan Diraja (KKD) sentiasa bersedia ditugaskan di mana saja dalam memberikan perkhidmatan kesihatan kepada lapisan masyarakat dan bukan hanya dalam pasca COVID-19 ini.

Tim Op STARLIGHT-5 telah diaturgerakan pada Februari 20 untuk melaksanakan misi Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar selama 6 bulan. Akibat penularan COVID-19 yang melanda di seluruh dunia tim ini telah diarahkan pulang ke Malaysia.

“Penugasan tim operasi di Bangladesh dihentikan dan kesemua mereka diminta pulang ke tanah air dalam usaha membantu kerajaan menangani penularan COVID-19,

“Walaupun hanya berkhidmat selama 2 bulan di sana, tim ini telah berjaya merawat lebih 3,000 pesakit dan melaksanakan 30 pelbagai pembedahan,

“Tim ini telah melakukan misi sebaik mungkin dan perkara ini sangat dihargai oleh pelarian Rohingya di kem Kutupalong, Bangladesh,” tambahnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply