Home Pertahanan dan Keselamatan 50 asnaf, ibu tunggal terima sumbangan persatuan veteran ATM

50 asnaf, ibu tunggal terima sumbangan persatuan veteran ATM

by Nurulhuda

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=9LdLh1_lv2s[/embedyt]

 

BATANG KALI, 13 Dis – Seramai 50 orang asnaf dan ibu tunggal di bawah Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Penyayang Batang Kali (PKITP) menerima sumbangan barangan makanan dari Persatuan Veteran Rejimen Renjer Diraja Para (8 RRD PARA), hari ini.

Pengerusi Persatuan Veteran 8 RRD PARA, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Toh Choon Siang berkata, aktiviti ini merupakan pemberian sumbangan kepada golongan ibu tunggal dan asnaf yang terjejas akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak wabak pandemik COVID-19 melanda negara.

Pengerusi Persatuan Veteran 8 RRD PARA, Mejar Jeneral (Bersara) Datuk Toh Choon Siang.

“Hari ini persatuan veteran telah melaksanakan salah satu tanggungjawab sosial kepada rakyat dengan menyalurkan sedikit sumbangan kepada golongan yang memerlukan,

“Terima kasih kepada MIC bahagian Batang Kali dan PKITP yang telah mengumpulkan ahli yang dalam kesusahan untuk menerima sedikit sumbangan daripada pihak kami,

“Kebanyakan barangan yang kami terima seperti hari ini yang telah di sumbangkan oleh pihak MIC bahagian, dan ada juga dari persatuan bukan kerajaan (NGO) serta dari wakil-wakil rakyat,

“Sambutan dan sumbangan yang diberikan kepada pihak persatuan amat menggalakkan,” jelasnya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan kepada golongan asnaf di Batang Kali.

Toh menambah, sumber kewangan dan barangan juga diperolehi daripada ahli persatuannya sendiri memandangkan persatuan veteran ini tidak menjalankan sebarang aktiviti berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berkuat kuasa.

Beliau turut berharap dan menggesa individu-individu yang berkemampuan dan pihak-pihak tertentu tampil ke hadapan untuk memberikan sumbangan dan dapat memberikan kerjasama dengan persatuan veteran dalam membantu meringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Ketua Bahagian MIC Batang Kali, Balasundaram berkata, pihaknya bersedia untuk memberi dan membantu mana-mana persatuan yang ingin melaksanakan program seperti ini untuk membantu rakyat yang memerlukan.

 

Ketua Bahagian MIC Batang Kali, Balasundaram mewakili Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan menyampaikan barangan keperluan kepada salah seorang ibu tunggal.

Menurutnya, aktiviti pada hari ini bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh persatuan veteran 8 RRD PARA.

“Saya berasa amat bangga dapat bersama dengan veteran tentera Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang cukup bagus untuk menyalurkan bantuan kepada golongan asnaf terutama dalam keadaan COVID-19,

“Aktiviti pada hari ini bukan yang pertama, minggu lepas aktiviti yang serupa telah dibuat di Jejarum, Bukit Beruntung dan mereka telah membuat aktiviti seperti ini dengan bagus sekali,

“Seramai 50 orang telah disenaraikan dan yang hadir 40 orang. Jadi kami telah pergi ke rumah-rumah mereka yang tidak mampu hadir ke majlis tersebut. Ada diantara meraka yang terlantar diatas katil, dan ada yang juga berkerusi roda,

“Ada yang bekas tentera, polis dan bekas pegawai-pegawai kerajaan yang lama berkhidmat kepada kerajaan. Mereka berasa bersyukur dan terharu akan keprihatinan persatuan ini yang prihatin kepada masyarakat setempat,” ujarnya.

Beliau yang mewakili Naib Presiden MIC, Datuk T Mohan berharap, agar program seperti ini harus diteruskan dan menjelaskan apa yang dijanjikan kepada rakyat harus diberikan. Menurutnya, T Mohan turut bersetuju untuk memberikan sebarang bantuan yang dipohon oleh persatuan veteran ini dalam membantu meringankan beban masyarakat setempat. –airtimes.my

Galeri Gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply