Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin rampas minyak masak, petrol untuk diseludup keluar

Polis Marin rampas minyak masak, petrol untuk diseludup keluar

by Air Times News Network

SEMPORNA, 9 Dis – Cubaan menyeludup keluar minyak masak dan petrol menggunakan bot ke Filipina berjaya digagalkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) di kawasan bakau Pulau Bohey Dulang, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Semporna, DSP Mohammad Ismail berkata, rampasan itu dibuat hasil maklumat yang diterima pada jam 11.20 pagi semalam mendapati sebuah bot berwarna biru bertaris kuning dalam keadaan mencurigakan didalam kawasan pokok paya bakau.

“Semasa PPM menghampiri bot tersebut, kelihatan seorang lelaki dewasa melarikan diri ke arah bukit dalam hutan paya bakau tersebut,

“Hasil pemerikasaan yang dilakukan PPM kedalam ruangan bot tersebut mendapati terdapat 323 kg minyak masak, 6 jerikin  minyak berisi 25 liter setiap jerikin yang disyaki hendak diseludup ke negara jiran,

“Walaubagaimanapun lelaki tersebut yang melarikan diri gagal ditemui PPM,” katanya dalam hantaran di laman sosial PPM Wilayah 4.

Menurutnya lagi, rampasan melibatkan sebuah bot, enjin sangkut, minyak masak dan minyak petrol

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM21,062.50 dan kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan dirujuk kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“PPM Wilayah 4 Sabah turut mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti pesisir untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi whatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 0132831197,” ujarnya.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply