Home Pertahanan dan Keselamatan Lelaki Indonesia miliki 47.47 gram dadah ditahan-ESSCOM

Lelaki Indonesia miliki 47.47 gram dadah ditahan-ESSCOM

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR,  30 Nov – Seorang lelaki warga Indonesia disyaki memiliki dadah jenis syabu seberat 47.47 gram bernilai RM4,200.00 berjaya ditahan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Kalabakan, Sabah, Sabtu lalu.

Komander ESSCOM, DCP Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, anggota dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) yang melakukan rondaan jarak jauh (RJJ) menerusi Operasi Benteng (Op Benteng) telah membuat serbuan di rumah batu 3(W) E3,  Ladang Bukit Tukok Sabah Softwood, Kalabakan.

“Pasukan PGA tiba dilokasi ternampak seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan berdiri dihadapan rumah,

“Apabila anggota keselamatan cuba menghampiri, lelaki berkenaan cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan,

“Hasil pemeriksaan yang dibuat, terdapat 5 paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 47.47 gram,

“Suspek warga Indonesia yang berumur 20 tahun dan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri ditahan untuk siasatan,

“Turut dirampas beg silang, wang tunai RM 270.00 dan 1 unit alat penimbang digital dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM 4,470.00,” katanya dalam hantaran di media sosial, hari ini.

Beliau berkata, suspek bersama barang-barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Tawau untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,

“Tambahnya, ESSCOM dengan kerjasama pasukan keselamatan yang terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan sentiasa memperketatkan kawalan keselamatan dengan melaksanakan rondaan,” ujarnya

Related Articles

Leave a Reply