Home Pertahanan dan Keselamatan Hajat 25 PATI balik kampung ke Indonesia musnah

Hajat 25 PATI balik kampung ke Indonesia musnah

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 27 Nov – Angkatan Tentera Malaysia berjaya menghalang penyusupan keluar Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di pantai Teluk Ramunia, Johor, hari ini.

Tangkapan dibuat di kawasan Ops Benteng yang dikawal oleh Briged Ketujuh Infantri Malaysia.

Markas Divisyen Ketiga Infantri (3 Divisyen) dalam satu kenyataan berkata, kegiatan kesemua 25 PATI warga Indonesia terbabit terbongkar apabila Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) telah mengesan kehadiran bot yang mencurigakan dari negara jiran.

“Bertindak dari maklumat TLDM yang melakukan pengawasan pesisir, anggota di Pos Pemerhati berjaya mengesahkan kehadiran bot yang mencurigakan,

“Serbuan dibuat oleh kumpulan tindak cepat (Quick Reaction Force) pada pukul 2 pagi,” kata kenyataan itu.

Menurutnya, seramai 24 orang lelaki dan seorang wanita telah berjaya ditahan.

“Kesemua PATI ditahan dan dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi menjalani pemeriksaan COVID-19 sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM),” jelasnya.

Selain itu, pasukan QRF sedang melaksanakan operasi mengesan saki baki PATI yang masih bersembunyi di kawasan terbabit.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply