Home Pertahanan dan Keselamatan Kementerian Pertahanan terima sumbangan RM2.25 juta dari 6 syarikat korporat

Kementerian Pertahanan terima sumbangan RM2.25 juta dari 6 syarikat korporat

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah menyempurnakan majlis penerimaan replika cek sebanyak RM2.25 juta daripada 6 syarikat korporat untuk disumbangkan kepada Kempen Tabung Pahlawan 2020 dan juga Tabung Zakat Yayasan Veteran, hari ini.

Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 9 syarikat yang bermurah hati telah memberi sumbangan kepada warga veteran ATM bagi membantu meringankan beban serta menghargai setiap pengorbanan perwira negara sepanjang perkhidmatan mereka bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Antara syarikat korporat yang memberi sumbangan Kempen Tabung Pahlawan 2020 adalah seperti berikut :

  • Yayasan Al Bukhary berjumlah RM1.0 juta.
  • Spanco Sdn. Bhd. berjumlah RM500,000.00.
  • Minetech Resources Sdn. Bhd. berjumlah RM400,000.00.
  • Usima Sdn. Bhd. berjumlah RM150,000.00.
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera berjumlah RM100,000.00.
  • NADI berjumlah RM100,000.00

Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan turut menerima sumbangan bagi Tabung Zakat Yayasan Veteran ATM.

“Koperasi Tentera telah menyumbang sebanyak RM450,000.00 bersama mesin dialisis yang berharga RM80,000.00,

“Affin Hwang Investment Bank pula telah menyumbangkan sebanyak RM250,000.00 dan Desatera Sdn. Bhd sebanyak RM100,000.00,

“Kementerian Pertahanan mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang yang bermurah hati,” menurut kenyataan itu.

Sumbangan ini jelas membuktikan keperihatinan dan tanggungjawab syarikat-syarikat korporat dalam menjaga kebajikan mereka yang memerlukan bantuan.

“Ia juga satu manifestasi penghargaan di atas pengorbanan dan jasa bakti para veteran yang menjaga keselamatan dan kedaulatan negara selama ini,”tambahnya.-airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply