Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Laut Kelewatan projek kapal LCS: Kementerian Pertahanan serah kepada kabinet untuk putuskan

Kelewatan projek kapal LCS: Kementerian Pertahanan serah kepada kabinet untuk putuskan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 14 Nov – Kementerian Pertahanan akan mengemukakan beberapa pilihan opsyen kepada kabinet berhubung hala tuju perolehan 6 kapal tempur pesisir pantai (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang mengalami kelewatan dalam pembinaannya.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata opsyen tersebut akan dibawa ke kabinet bagi menyelesaikan masalah kelewatan pembinaan kapal LCS tersebut.

“Antara opsyennya sama ada mahu diteruskan dengan pembina kapal ketika ini iaitu syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNSSB),

“Sama ada melantik pakar pembina kapal daripada Naval Group France yang kini menjadi perunding kita untuk diteruskan ataupun membatalkan kontrak berkenaan dan melantik kontraktor penyelamat,” katanya semasa program Ruang Bicara Bernama TV: “Belanjawan 2021 : Memperkasa Pertahanan”, malam tadi.

Menurutnya, kapal LCS sangat penting kepada negara dan salah satu kapal yang canggih kepada TLDM, Kementerian Pertahanan akan menyerahkan kepada kabinet untuk memutuskan sama ada meneruskan projek tersebut.

“Kita akan serahkan kepada Kabinet untuk memutuskan. Yang penting, kita mahu projek kapal itu diteruskan,

“Kalau tidak siap sepenuhnya pun, sekurang-kurangnya dua atau tiga kapal dapat disiapkan. Yang lain itu, mungkin kita akan memohon bajet tambahan daripada kerajaan untuk disambung,” katanya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply