Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: 16 PATI, 5 penyeludup dan 2 tekong ditahan semalam

Op Benteng: 16 PATI, 5 penyeludup dan 2 tekong ditahan semalam

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 4 Nov – Operasi Benteng (Op Benteng) yang dijalankan semalam, berjaya menahan seramai 16 pendatang asing tanpa izin (PATI), 5 penyeludup dan 2 tekong.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata operasi bersepadu melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi penguatkuasa lain turut berjaya merampas 10 kenderaan darat.

“Sebanyak 279 Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Benteng juga dilaksanakan semalam melibatkan PDRM sebanyak (149), ATM (121) dan AKSEM (9),

“Orang ramai diminta untuk menghubungi hotline National Task Force di talian 011 62511223 untuk terus menyalurkan maklumat berkenaan PATI dan jenayah sempadan,” katanya dalam sidang media mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-232 dan hari ke-148 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) hari ini.

Selain itu, pasukan Task Force Operasi Pemantauan yang diketuai PDRM turut menahan 382 individu kerana melakukan kesalahan ingkar arahan PKPP, semalam.

“Daripada jumlah itu, seramai 364 individu telah dikompaun dan 18 lagi direman,

“Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk tidak memakai pelitup muka (136); premis gagal menyediakan peralatan dan merekod butiran diri (66); gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (58); aktiviti pusat hiburan (42); premis beroperasi lebih masa dan tanpa kebenaran (22) dan lain-lain (58),” ujarnya. –  airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply