Home Pertahanan dan Keselamatan ATM, KKM bina Pusat Rawatan COVID-19 di Penjara Pokok Sena

ATM, KKM bina Pusat Rawatan COVID-19 di Penjara Pokok Sena

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 17 Okt – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Pusat Rawatan COVID-19 di Penjara Pokok Sena, Kedah telah siap dibina, semalam.

Menurut Dr Noor Hisham dalam hantaran media sosialnya berkata, kerja- kerja penyediaan pusat rawatan ini di dalam Kompleks Penjara Pokok Sena telah bermula bermula 16 Oktober 2020.

“Agensi-agensi terlibat adalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Penjara, Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kerja Raya (JKR), Syarikat konsesi Edgenta, Celcom, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Syarikat Air Darul Aman (SADA),” katanya.

Dalam persiapan pusat ini, seramai 2 pegawai ATM dan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Kedah telah ditugaskan untuk memantau kerja-kerja membina pusat ini mengikut pelan yang telah dirangka oleh ATM dan KKM.

Tambahnya, seramai 4 pegawai dan 20 anggota lain-lain pangkat (LLP) daripada Kompeni B, Batalion Kedua Perubatan (2 Bn Ubat) Kor Kesihatan Diraja (KKD) telah di aturgerakkan bagi membantu kerja-kerja persiapan pusat rawatan ini.

Daripada 37 jumlah khemah, 6 unit Khemah Utilis 36 dari TM, 5 Unit Khemah PLKN, 1 unit Khemah Military Tent 6 x 9, 1 unit Military Tent 6 x 8 dan 1 unit Sun Tent with ending dan 3 unit Shower System dari B Coy 2 Bn Ubat.

Sementara itu, 20 khemah yang dibawa dan disewa oleh JKR tidak menepati standard yang ditetapkan kerana tidak bertutup.

“Oleh itu, khemah tersebut di gunakan sepenuhnya bagi kegunaan laluan yang menghubungkan antara 2 blok rawatan yang di sediakan,” ujarnya.

Markas ATM pula dalam satu kenyataan berkata, ATM telah mengaturgerakkan seramai 73 anggota yang tertumpu kepada penugasan sekatan jalan raya (SJR) dan Rondaan MPV serta kawalan keselamatan di sekitar kawasan Penjara Pokok Sena.

Dalam pada itu, Perkhidmatan Kesihatan ATM juga turut terlibat secara langsung di dalam pewujudan pusat rawatan sementara COVID-19 di Penjara Pokok Sena ini bagi merawat banduan-banduan yang positif. – airtimes.my

Geleri Gambar :

Related Articles

Leave a Reply