Home Pertahanan dan Keselamatan 10 Briged Para khas untuk tugas khusus sahaja – Panglima Tentera Darat

10 Briged Para khas untuk tugas khusus sahaja – Panglima Tentera Darat

by M.Daim

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=1uoOm1MlQSk[/embedyt]

 

MELAKA, 9 Okt – Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain hari ini menegaskan penugasan pasukan 10 Briged Para terhad kepada operasi khusus sahaja.

Penugasan operasi khusus akan dikendalikan oleh pasukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM) sementara tugas-tugas rutin akan dilaksanakan oleh briged infantri lain.

“Kita mempunyai 2 pasukan elit iaitu 10 Briged Para dan Komando (Rejimen Gerak Khas),

“Pasukan 10 Bgd Para tidak akan melakukan operasi rutin seperti sebelum ini. Kita akan memastikan mereka akan terus berlatih untuk melaksanakan tugas-tugas khusus,

“Tugas-tugas rutin pula akan diberikan kepada Briged Infantri lain,” katanya semasa Sidang Media di Kem Terendak, hari ini.

Zamrose berkata, arahan tersebut berkuatkuasa dengan serta-merta.

Beliau menjelaskan, operasi rutin adalah seperti melaksanakan kawalan ketenteraman awam, operasi tangkapan PATI, dan kawalan sempadan.

Terdahulu, Zamrose hadir ke Majlis Penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged (Para) kepada beliau di Dataran Parawood, Kem Terendak, hari ini.

TDM dalam satu kenyataan berkata, penganugerahan Beret Merun dan Sayap Penerjunan adalah hanya kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada dari dalam atau luar negara yang terpilih sahaja.

“Penganugerahan ini merupakan penghormatan dan pengiktirafan 10 Briged Para kepada penerimanya. Ianya merupakan simbol keberanian dan semangat keperwiraan sejati,” kata kenyataan itu.

Demonstrasi Dinamik turut diadakan bersempena acara ini. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply