Home Pertahanan dan Keselamatan Dakwaan Mohamaddin singgung perasaan veteran ATM – JHEV

Dakwaan Mohamaddin singgung perasaan veteran ATM – JHEV

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 22 Sept – Kenyataan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengaitkan insiden di Lahad Datu, Sabah pada tahun 2013 adalah sebagai satu sandiwara telah menguris dan menyinggung perasaan veteran-veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM berkata, kenyataan itu adalah pendapat politik yang tidak bersandarkan sumber yang sahih.

“Kenyataan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah telah mengguris dan menyinggung perasaan veteran-veteran ATM yang pernah berkhidmat semasa insiden tersebut berlaku,

“Di dalam insiden tersebut seorang anggota ATM telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan bumi Lahad Matu dan mustahil anggota yang terkorban ini bersandiwara di dalam mendepani ancaman tersebut,” katanya dalam kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu lagi, semangat semangat patriotisme dan sayangkan negara yang dipamerkan oleh veteran-veteran ATM selama ini tidak sepatutnya dipandang remeh oleh ahli politik hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan masyarakat di Sabah.

“Harus diinsafi bahawa keamanan yang dinikmati pada hari ini adalah hasil daripada perjuangan yang berterusan veteranveteran ATM dan anggota keselamatan yang lain,

Justeru, JHEV mengingatkan kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan rasa marah dan menyinggung perasaan sehingga menimbulkan suasana tidak harmoni serta menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Semalam, Mohammaddin yang juga Ahli Parlimen Lahad Datu dilaporkan berkata tragedi penceroban di Lahad Datu pada tahun 2013 adalah satu sandiwara oleh kerajaan pada masa itu.

Dalam video ucapanya yang tular di media sosial, beliau turut menyatakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hanya mengebom kelapa sawit manakala anggota infantri serta pasukan armor menyerang ayam dan anjing.

Menteri Pertahanan, Datuk Ismail Sabri Yaakob turut menegaskan, dakwaan bekas Menteri Pelancongan itu adalah satu kenyataan yang biadap dilemparkan kepada pasukan keselamatan terutama kepada 10 keluarga anggota yang terkorban.

Ismail Sabri berkata, tuduhan tersebut mencerminkan bahawa pemimpin politik terbabit tidak memahami serta memandang rendah pengorbanan anggota keselamatan kepada negara. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply