Home Pertahanan dan Keselamatan Surat sokongan bukan ‘lesen’ dan ‘kuasa veto’ untuk dapatkan jawatan

Surat sokongan bukan ‘lesen’ dan ‘kuasa veto’ untuk dapatkan jawatan

by Air Times News Network

TANJUNG MALIM, 22 Ogos – Tanda tangan sokongan pada surat permohonan bukan ‘lesen’ untuk mendapatkan jawatan pada mana organisasi.

Menurut sumber yang menghubungi Air Times, isu surat yang didakwa memberi sokongan kepada salah seorang anak timbalan menteri untuk dilantik memegang jawatan tinggi dalam sebuah syarikat perubatan.

“Surat sokongan hanyalah sebagai sokongan semata-mata. Ianya tidak bermakna surat terbabit mempunyai kuasa veto untuk melantik mana-mana individu yang disokong ke dalam satu organisasi,

“Kuasa mutlak untuk melantik mana-mana individu memegang sesuatu jawatan adalah hak mutlak sesebuah organisasi,” kata sumber yang mengulas isu surat sokongan yang dikaitkan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sumber turut menjelaskan anak timbalan terbabit tidak dilantik untuk memegang mana-mana jawatan seperti yang ditularkan baru-baru ini.

Semalam, tular sekeping surat permohonan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz agar anaknya dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah sebuah syarikat perubatan.

Sementara itu, media tempatan melaporkan Ismail Sabri menegaskan beliau tidak mempunyai kuasa campur tangan dalam pelantikan sebuah syarikat perubatan yang dimiliki oleh pihak Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Beliau menambah, anak timbalan menteri tidak dilantik oleh LTAT untuk memegang jawatan dalam syarikat terbabit.
“Saya tidak campur tangan daripada segi pelantikan. Itu kuasa LTAT, jadi surat permohonan sokongan hanya setakat surat,” tegas Menteri.

Pada masa yang sama, Ismail Sabri menjelaskan sokongan diberikan kepada anak timbalan menteri kerana beliau merupakan seorang graduan dalam bidang kejuruteraan awam dan peniagaan yang dilihat berpotensi membantu syarikat farmaseutikal berkenaan.

Related Articles

Leave a Reply