Home Pertahanan dan Keselamatan British hantar pesawat pemburu kapal selam jejak kehadiran bot PATI di Selat Inggeris

British hantar pesawat pemburu kapal selam jejak kehadiran bot PATI di Selat Inggeris

by M.Daim

LONDON, 13 Ogos – Kementerian Pertahanan Britain telah mengumumkan pertambahan bilangan pesawat dari Tentera Udara Diraja (Royal Air Force, RAF) untuk melakukan rondaan di Selat Inggeris bagi mengesan dan mengawasi kemasukan bot Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) ke negara itu.

“Penggunaan pesawat rondaan maritim P-8 Poseidon merupakan salah satu daripada pakej bantuan oleh Kementerian Pertahanan Britain bagi membantu pihak berkuasa dalam negeri dalam menangani krisis bot PATI di perairan,

“Selain P-8 Poseidon, pesawat Beechcraft Shadow R.Mk 1 turut digunakan dalam usaha ini,” kata kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan Britain.

Pesawat pengawasan Beechcraft Shadow R.Mk 1 turut diaturgerak untuk mengawasi perairan Selat Inggeris.

Sebelum ini, RAF telah menghantar pesawat Airbus A400M bagi melakukan pemantauan kawasan maritim dari udara di perairan yang sama.

UK kini menghadapi krisis pencerobohan berikutan pendaratan berterusan oleh bot-bot kecil yang menyeberangi Selat Inggeris selama 10 hari berturut-turut.

Pesawat A400M RAF sedang melakukan rondaan di Selat Inggeris berhampiran Dover, Kent County.

P-8 Poseidon keluaran Boeing merupakan pesawat rondaan maritim khusus dan mempunyai keupayaan mempunyai keupayaan untuk mengesan kapal selam.

Pesawat Shadow R.Mk 1 pula merupakan pesawat pemantau khas yang mempunyai keupayaan elektro-optikal dan mempunyai pelbagai sensor bagi tujuan pengawasan elektronik. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply