Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tidak bersungguh lindungi nelayan dan perairan negara – Sim Tze Tzin

APMM tidak bersungguh lindungi nelayan dan perairan negara – Sim Tze Tzin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 4 Ogos – Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin mendakwa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) lemah dan gagal untuk melindungi nelayan tempatan apabila berhadapan dengan isu pencerobohan perairan.

Beliau berkata demikian semasa Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

“Saya nampak bahawa kesunguhan APMM untuk lindungi sempadan dan nelayan kita adalah kurang.

“Nelayan kita mengikut undang-undang dan sempadan perairan. Apabila mereka masuk ke kawasan tersebut, Indonesia telah mengambil tindakan terhadap nelayan kita tetapi APMM tidak pergi pertahankan nelayan kita,” tegas Tze Tzin

Beliau menambah, pihak berkuasa Indonesia lebih bertegas dan agresif berbanding APMM.

“Apabila nelayan asing menceroboh ke perairan mereka, Indonesia akan bertindak agresif dan menahan mereka,

“Pada masa yang sama, apabila nelayan mereka masuk ke kawasan kita, pihak berkuasa Indonesia akan bantu nelayan mereka. Tetapi sikap dari pihak Malaysia adalah kurang,” ujarnya. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply