Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: NTF berjaya tahan 14 PATI Indonesia cuba seludup masuk ke Malaysia

Op Benteng: NTF berjaya tahan 14 PATI Indonesia cuba seludup masuk ke Malaysia

by Air Times News Network

KUALA SUNGAI BARU, 15 Julai – National Task Force (NTF) berjaya menahan seramai 14 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia dalam Op Benteng yang cuba menyeludup masuk ke Malaysia melalui jalan tikus.

Pengarah Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata penahanan ini menerusi gabungan NTF dari Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Melaka dan Negeri Sembilan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pegawai Perisikan Tentera dan Tim Op Merpati 1 Bridged yang sedang melaksanakan rondaan rutin Op Benteng pada jam kira-kira 11.30 pagi Isnin.

“Hasil maklumat risikan, kita berjaya mengesan sebuah bot fiber kelabu tanpa nombor pendaftaran sedang berapung dan bergerak dalam keadaan mencurigakan kira-kira 1.0 batu nautika dari pantai Bagan Lalang, Selangor,” ujar beliau.

Menurut Haris, sebaik menyedari kehadiran bot ronda APMM, kesemua PATI bertindak terjun ke dalam laut dan berlari ke tepi pantai, manakala bot terbabit bertindak memecut laju menuju ke tengah laut.

“Kesemua PATI terdiri daripada 9 lelaki dan 5 wanita berusia antara 24 hingga 49 tahun berjaya ditahan oleh anggota-anggota PGA yang telah berada di persisir pantai,

“PATI yang ditahan di bawa ke pejabat Maritim Malaysia Melaka dan Negeri Sembilan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/1963, Seksyen 6(1)(c) serta turut diberi saringan COVID-19 oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat APMM,

“Berdasarkan siasatan awal, sindiket penyeludupan masuk keluar PATI didalangi warga tempatan dan warga asing yang sudah lama menetap di negara ini,” ujarnya.

Selain itu, Haris berkata sebanyak 7 kes melibatkan PATI berjaya di tangkap oleh pihak APPM negeri Melaka & Negeri Sembilan pada tahun ini.

“Orang ramai boleh menyalurkan maklumat kegiatan jenayah dan kecemasan di laut di talian Pusat Operasi Maritim 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam,” katanya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply