Home Pertahanan dan Keselamatan Op Benteng: NTF tambah aset maritim, udara dan darat kekang kemasukan PATI

Op Benteng: NTF tambah aset maritim, udara dan darat kekang kemasukan PATI

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 22 Jun – National Task Force (NTF) yang dilancarkan pada 12 Mei lalu kini merancang untuk menambah aset-aset baharu terutamanya bagi keperluan maritim, udara dan darat dalam menjayakan Operasi Benteng (Op Benteng).

Komander NTF, Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah mengakui aset-aset yang digunakan tidak mencukupi dan perlu membuat penambahan seperti bot-bot pemintas bagi mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

NTF sangat memerlukan aset baharu memandangkan keluasan perairan negara yang perlu dipantau serta dikawal terutama dari ancaman kemasukan PATI dan juga Jenayah Lintas Sempadan.

Menurut Arif, NTF kini menggunakan sepenuhnya aset-aset semasa yang sedia ada dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan semua agensi penguatkuasaan daratan dan maritim negara.

“Memandangkan Op Benteng merupakan operasi bersepadu, maka aturgerak aset diselaraskan bagi mencapai misi yang dihasratkan,” ujarnya katanya semasa seisi wawancara khas di ibu pejabat NTF baru-baru ini.

Selain aset maritim, Arif berkata NTF juga dalam perancangan untuk menambah aset udara seperti penggunaan dron dan pesawat tanpa pemandu (UAV).

“Penggunaan dron dan UAV untuk menggantikan kudrat manusia dengan teknologi,

“Aset-aset ini amat berguna dari segi pemantauan secara langsung (real time) dan dapat menyalurkan maklumat dengan cepat dan tepat,” katanya.

Bagi keperluan darat, NTF juga merancang untuk membuat beberapa perolehan bagi menampung aset-aset yang sedia ada.

“Antaranya adalah aset mobiliti dan Intelligence, surveillance and reconnaissance (ISR) bagi menambahbaik operasi perisikan di darat,

“Insya-Allah kerajaan sedang memberikan peruntukan khas untuk NTF memperolehi aset-aset yang dipohon,

“NTF akan cuba sebaik mungkin untuk menutup segala kelemahan dari segi aset, itu sebabnya penting operasi bersepadu, supaya kita boleh berkongsi semua aset yang ada,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Aha??? Nak buat apa tu?