Home Pertahanan dan Keselamatan PATI: Rakyat Malaysia jangan jadi pengkhianat gadai kedaulatan negara

PATI: Rakyat Malaysia jangan jadi pengkhianat gadai kedaulatan negara

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 19 Jun – Rakyat Malaysia jangan menjadi pengkhianat dengan mengadai kedaulatan negara menjadi tekong dan petualang serta dalang untuk membawa masuk pendatang asing tanpa izin (PATI), kata Komander National Task Force (NTF), Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah.

Aris berkata NTF kini mempunyai statistik tekong rakyat Malaysia dan luar yang terlibat dalam membawa kemasukan PATI ini.

“Saya minta janganlah rakyat Malaysia menjadi petualang dan dalang untuk membawa masuk PATI,

“Kita kena terima hakikat yang mereka telah wujud lama, tekong ini mempunyai banyak selok belok dalam permainan ini,” katanya pada sesi wawancara di pejabat NTF.

Namun Aris berkata, NTF sentiasa mempelajari dan meneliti apa modus operandi tekong-tekong ini.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa kebimbangan jika ada dikalangan pasukan beruniform yang menjadi tekong dan dalang.

Selain itu, rakyat Malaysia perlu berkerjasama dengan kerajaan dan pihak penguatkuasa dalam membanteras PATI ini.

“Tanggungjawab mempertahankan negara bukan digalas sepenuhnya oleh pasukan keselamatan kerana pihak masyarakat awam, netizen dan semua peringkat rakyat Malaysia adalah bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kedaulatan negara,

“Justeru itu jangan jadi pengkhianat negara dengan menjadi tekong dan dalang dalam sebarang aktiviti pencerobohan PATI,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply