Home Pertahanan dan Keselamatan AS terbangkan pesawat B-1B Bombers dan UAV Global Hawk ke Laut China Selatan

AS terbangkan pesawat B-1B Bombers dan UAV Global Hawk ke Laut China Selatan

by Air Times News Network

GUAM, 11 Jun – Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) menerbangkan pesawat B-1B Bombers dan pesawat tanpa pemandu (UAV) pengintip Global Hawk ke perairan Laut China Selatan serta kawasan Laut Pasifik.

Penerbangan dua pesawat ini sebahagian dari strategi Amerika Syarikat (AS) untuk memperluaskan misi pengawasan di kawasan pertikaian yang dituntut oleh China.

Menurut US Air Force yang dilaporkan berita Fox News berkata, pesawat B-1B terbang dari Guam untuk memberi sokongan kepada US Pacific Command di Laut China Selatan.

Manakala, pesawat UAV diterbangkan ke Pangkalan Udara di Yokota, Jepun.

Langkah ini adalah untuk memperkuatkan lagi kehadiran tentera AS di Laut China Selatan.

Misi ini juga bermatlamat untuk mengekang kemaraan China yang dilaporkan telah menghantar dua kapal induk di Laut China Selatan untuk melakukan latihan ketenteraan bagi menakutkan Taiwan dan negara pesisir lain. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply