Home Pertahanan dan Keselamatan Panglima Angkatan Tentera tinjau kawasan PKPD di Jalan Masjid India

Panglima Angkatan Tentera tinjau kawasan PKPD di Jalan Masjid India

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 8 Apr – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang TUDM hari ini membuat tinjauan di Bangunan Selangor Mansion dan Malayan Mansion di Jalan Masjid India yang telah dikuatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi memutuskan rantaian wabak pandemik COVID-19.

Markas Angkatan Tentera dalam satu kenyataan menerusi catatan facebook rasminya berkata, tinjauan Panglima Angkatan Tentera bagi melihat pelaksanaan PKPD di bangunan tersebut.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan PKPD di bangunan tersebut bermula 7 Apr 2020 sehingga proses pengesanan kes dari unit ke unit selesai.

PKPD tersebut melibatkan 5,000 hingga 6,000 penghuni di 365 unit kediaman dan premis perniagaan.

Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukaraelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan tersebut.

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply