Home SemasaGlobal COVID-19: Jumlah kes atas kapal pengangkut AS meningkat 25 orang

COVID-19: Jumlah kes atas kapal pengangkut AS meningkat 25 orang

by Bernama

MOSCOW, 28 Mac – Jumlah mereka yang disahkan positif COVID-19 di atas kapal pengangkut Amerika Syarikat, USS Theodore Roosevelt meningkat kepada 25 orang, lapor agensi berita Sputnik memetik laporan media Amerika.

Awal minggu ini tiga kelasi Amerika di atas kapal itu diuji positif COVID-19.

Khamis pagi, Pemangku Setiausaha Tentera Laut, Thomas Modly pada sidang akhbar berkata, kes baharu di kesan di atas kapal itu, tanpa memberikan sebarang jumlah.

Pada lewat Khamis, seorang pegawai tentera laut memberitahu stesen televisyen CNN, jumlah anggota yang positif COVID-19 mencecah 25.

Ketika ini, seramai 5,000 anggota tentera berkhidmat di atas kapal pengangkut itu.

Sehingga Khamis, Jabatan Pertahanan mengesahkan 280 tentera Amerika dijangkiti COVID-19. – Bernama

Related Articles

Leave a Reply