Home Pertahanan dan Keselamatan Miliki barang kawalan tanpa permit, rakyat Filipina di denda RM63 ribu

Miliki barang kawalan tanpa permit, rakyat Filipina di denda RM63 ribu

by Air Times News Network

KOTA KINABALU, 17 Feb – Mahkamah Seysen disini  telah menjatuhkan hukuman denda berjumlah RM63,310 atau lapan bulan penjara terhadap seorang lelaki warga Filipina kerana memiliki barangan kawalan tanpa permit di Muara Marina, Kudat.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus, telah menjatuhkan hukuman keatas Nur Islam Jahari Baraluddin, 23 tahun yang mengaku bersalah kerana membawa barangan kawalan tanpa permit dengan menaiki bot nelayan tempatan.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan berkata, antara barang-barang yang dibawa adalah minyak masak berjumlah 102 kilogram, petrol 150 liter dan diesel 2,543 liter serta enam tong gas petroleum cecair (LPG),

“Mahkamah memerintahkan Nur Islam membayar denda yang mana sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada nilai barangan yang dirampas berjumlah RM6,331.

“Nur Islam telah ditahan APMM Kudat di kedudukan jarak 0.8 batu nautika dari Muara Marina, Kudat sekitar jam 5.50 petang pada 30 Januari lalu,“ katanya.

Menurut APMM, kesalahan tersebut akan didakwa dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang membawa hukuman penjara  tiga tahun, atau denda sebanyak  RM1 juta untuk kesalahan pertama atau, kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Related Articles

Leave a Reply