Home Pertahanan dan Keselamatan Koperasi Tentera nafi umum dividen 16.5 peratus

Koperasi Tentera nafi umum dividen 16.5 peratus

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Feb – Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) menafikan akan mengumumkan dividen tahun 2019 sebanyak 16.5 peratus pada Mac ini.

Koperasi Tentera berkata penyebaran berita palsu itu menggunakan nama dan logo Berita Harian bertarikh 13 Feb 2020 bertajuk ‘Koperasi Tentera (KT) dijangka buat pengumuman akhir Mac 2020- Dividen 2019 16.5 peratus’ adalah tidak benar.

“Berita tidak benar ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota KT dan secara tidak langsung akan menjejaskan imej Koperasi Tentera,” katanya.

Untuk pengesahan sebarang maklumat, Koperasi Tentera menasihatkan ahlinya untuk untuk menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-8000-58.

Pada 30 Jun 2019, Koperasi Tentera  telah mengumumkan pulangan dividen 10 peratus bagi tahun 2018 kepada 154,620 ahlinya membabitkan pembayaran sebanyak RM145 juta.

Pembayaran dividen itu adalah berdasarkan keuntungan sebelum cukai dan zakat Koperasi Tentera sebanyak RM184.3 juta, hasil daripada pendapatan bersih operasi bagi tahun kewangan 2018 berjumlah RM313.5 juta.

 

 

Related Articles

Leave a Reply