Home Pertahanan dan Keselamatan Menteri Besar Negeri Sembilan dianugerah pangkat Brigadier Jeneral Kehormat

Menteri Besar Negeri Sembilan dianugerah pangkat Brigadier Jeneral Kehormat

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 6 Jan – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun telah menerima tauliah pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) di Wisma Perwira ATM, hari ini.

Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat dan Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.

Majlis ini turut menyaksikan pentauliahan pangkat Brigadier Jeneral Kehormat kepada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali dan pangkat Kolonel Kehormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Negeri Sembilan, Dato’ Dr Razali Bin Ab Malik.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Dr Razali Bin Ab Malik telah ditauliahkan dengan pangkat Kolonel Kehormat. Foto: Mohamad Sabu

Dalam majlis yang sama, Penasihat Ketenteraan Menteri Pertahanan, Norrul Azril Ariffin turut memakai pangkat Brigadier Jeneral.

Pada tahun lalu, Menteri Besar  Selangor dan Ketua Menteri Melaka telah dianugerah pangkat Brigadier Jeneral Kehormat selari dengan peranan Menteri Besar serta Ketua Menteri sebagai penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) di negeri masing-masing.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali telah dianugerahkan pangkat Brigadier Jeneral Kehormat.

Selain daripada itu, perjawatan Pengerusi JAKPAW dikhususkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Perlantikan Pengerusi JAKPAW dibuat oleh Menteri Besar/ KetuaMenteri/Menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kolomel (Kehormat).

Penasihat Ketenteraan Menteri Pertahanan, Norrul Azril Ariffin telah dinaikkan pangkat ke pangkat Brigadier Jeneral.

JAKPAW merupakan suatu jawatankuasa di peringkat negeri yang ditubuhkan di setiap negeri untuk menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP). Tujuan organisasi jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk merancang semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem gunasama, mempromosikan AW di kalangan masyarakat dan menggalakkan penyertaan orang awam menyertai ASP menerusi komitmen majikan. Piagam Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan telah ditetapkan menerusi Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 1 Tahun 1996.

 

Related Articles

Leave a Reply