Home Pertahanan dan Keselamatan APMM tahan kapal dagang bersauh tanpa kebenaran di luar kawasan Pelabuhan Lumut

APMM tahan kapal dagang bersauh tanpa kebenaran di luar kawasan Pelabuhan Lumut

by Air Times News Network

LUMUT, 10 Dis – Sebuah kapal dagang bersama awak-awak warganegara China dan Myanmar ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) kerana disyaki bersauh di luar kawasan Pelabuhan Lumut, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kapten Maritim Shahrizan Raman berkata kapal itu ditahan bersama awak-awak termasuk nakhoda warganegara China dan Vietnam seramai 21 orang berusia 24 hingga 56 tahun.

“Maklumat diterima dari Jabatan Laut Lumut menyatakan bahawa kapal dagang bernama Sakizaya Ace jenis “bulk carrier” telah bersauh di luar batas pelabuhan,

“Bertindak daripada maklumat itu, Kapal Maritim Tugau diarahkan untuk melakukan pemeriksaan terhadap Sakizaya Ace dan hasil pemeriksaan mandapati kapal berkenaan telah bersauh pada Ahad lepas untuk membuat pembersihan pada ruangan kargo,” katanya.

Menurut Shahrizan, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran daripada Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000.

Related Articles

Leave a Reply