Home Pertahanan dan Keselamatan 165 graduan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia terima Diploma

165 graduan Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia terima Diploma

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 12 Dis – Seramai 165 penuntut Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) siri 48/2019 Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) menerima penganugerahan Diploma hari ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu telah menyempurnakan majlis penyampaian Diploma tersebut di Auditorium Wisma Pertahanan, Kementerian Pertahanan.

Dalam ucapannya, Mohamad berkata dengan kejayaan semua graduan menamatkan pengajian KPSM telah meningkatkan kemahiran komunikasi, menganalisa serta merancang dan seterusnya membolehkan satu anjakan paradigma daripada tahap taktikal ke tahap operasioanal dengan lebih komprehsif.

“Ilmu yang diperolehi adalah amat bernilai, khususnya untuk menghadapi cabaran persekitaran keselamatan semasa yang semakin komplek,

“Kalau dulu ia disebut Tentera Laut, Tentera Darat. Selepas itu tiga cabang perkhidmatan iaitu Tentera Laut, Udara dan Darat. Sekarang permodenan telah berlaku dan kini menjadi empat cabang iaitu Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara serta tentera Siber,” kata Mohamad.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya berkata, MTAT adalah sebuah sebuah institusi latihan untuk ketiga-tiga perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia yang bertaraf ISO 9001:2008 dan dibangunkan melalui kerjasama strategik dengan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) sejak tahun 2012.

“Pada majlis ini, seramai 165 penuntut terdiri daripada Tentera Darat seramai 99 orang, dan masing-masing 33 orang terdiri daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah berjaya menamatkan kursus selama tiga semester mengambil masa hampir setahun pengajian,

“Para graduan yang berjaya menerima Sijil ‘PSC’ (Passed Staff College) dan Diploma Pascasiswazah Kajian Strategik dan Pertahanan,” jelas pihak Kementerian Pertahanan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

KPSM siri kali ini merupakan penuntut terakhir yang menjalani latihan di MTAT sebelum dipindahkan sepenuhnya ke kompleks baharu di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya.

Anugerah Lembaga MTAT kali ini dniobatkan kepada Mej Kamarul Bahrin Razali sebagai Penuntut Kursus Tempatan Terbaik Keseluruhan.

Turut hadir, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksmana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob; Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Abdul Halim Jalal; Komandan MTAT, Brigedier Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply