Home Pertahanan dan Keselamatan Tentera Malaysia-Arab Saudi perkukuh kerjasama pertahanan

Tentera Malaysia-Arab Saudi perkukuh kerjasama pertahanan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Nov – Pelaksanaan Kursus Asas Bahasa Arab (BA) peringkat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) anjuran bersama Pejabat Atase Pertahanan Arab Saudi mewujudkan tanda keakraban di antara ATM dan Angkatan Tentera Arab Saudi.

Kursus yang berlangsung selama 6 minggu, bermula dari 30 September sehingga 8 November itu turut disertai oleh 15 anggota ATM dan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi.

“Ia bertujuan untuk memupuk rasa harmoni dan membuka ruang interaksi yang lebih diplomasi kepada kedua-dua belah pihak,

“Objektif utama Kursus Bahasa Arab ini adalah memberi pendedahan kepada penuntut kursus berkenaan dalam penggunaan asas Bahasa Arab yang betul serta melaksanakan kaedah amali intensif komunikasi secara berkumpulan bagi memaksimumkan tahap keberkesanan latihan,” jelas ATM dalam satu kenyataan hari ini.

Kolaboratif ini juga merupakan persediaan awal bagi para pegawai dan anggota untuk menghadiri misi di bawah Panji Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Turut hadir, Mejar Jeneral Datuk Kamaruddin Mamat, Ketua Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT); Laksamana Muda Anuar Mohamed, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia TLDM dan Brigadier Jeneral Abdullah Khaled Alyam, Atase Pertahanan Arab Saudi di Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply